Lee Jin-gyu jatuh cinta dengan 'dakimakura' - sejenis bantal peluk besar daripada Jepun, dengan sekeping gambar watak animasi Jepun yang popular tercetak diatasnya.
Dalam kes Lee ini, bantalnya mempunyai imej watak
Fate Testarossa, daripada 'gadis sakti' dalam siri-siri animasi Jepun
Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.
Fate TestarossaKini otaku berumur 28 tahun (suatu istilah Jepun yang menterjemahkan antara 'obsesi' dan 'nerd') telah mengahwini bantalnya itu dalam satu upacara khas, selepas memakaikannya dengan baju perkahwinan dan mendapatkan perkhidmatan seorang paderi tempatan. Perkahwinan mereka turut dihadiri oleh media tempatan.
"Dia benar-benar obses dengan bantalnya itu dan membawanya ia ke mana-mana," kata seorang rakannya.
"Mereka keluar bersama-sama ke taman rekriasi atau taman hiburan dan menaiki permainan bersama. Jika dia keluar makan, dia mendapatkan kerusi untuk 'temannya' dan turut memesan hidangan," mereka menambah.
Perkahwinan bantal peluk ini bukanlah perkahwinan pelik yang pertama - sebelum ini seorang warga Jepun otaku mengahwini teman wanita mayanya
Nene Anegasaki, satu watak yang hanya wujud dalam permainan Nintendo DS Love Plus, pada bulan November 2009.
Jika anda minat artikel ini :
