00:22 PM Kenyataan Suleiman: Pemerintahan Tentera Dalam kenyataan itu di mana dia mengumumkan perletakan jawatan Hosni Mubarak, Naib Presiden Omar Suleiman juga berkata bahawa tentera telah mengambil kuasa pemerintahan negara.
"Dalam keadaan sukar yang sedang berlaku di dalam negara, Presiden Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir dan telah memutuskan majlis tinggi angkatan tentera akan mengetuai negara."
00:18 PM ElBaradei :''Ini adalah hari terbesar dalam hidup saya '@ BBCBreaking: tokoh pembangkang Mesir Mohamed ElBaradei: "Ini adalah hari terbesar dalam hidupku. Negara ini telah dibebaskan '
00:10 PM Kaherah Gegak Gempita@ WSJ: RT @ TamerELG: Kaherah telah riuh rendah dengan jeritan, "Kami Menang!". Rakyat berlari-lari di Tahrir Square, mengibarkan bendera.
0:07 PM 'Rakyat Meraikan Kemenangan Di Jalanan'@ HadyTarek: Dia telah pergii.. rakyat menjerit-jerit di jalanan sambil menangis. "Saya seolah tidak boleh percaya.
0:03 PM TERKINI: Mubarak Letak Jawatan!Naib Presiden baru saja mengumumkan bahawa Presiden Mubarak telah meletak jawatan diri.
Berita selanjutnya akan menyusul.
11:58 AM Hossam Badawi Letak JawatanHossam Badrawi, Setiausaha Agung NDP memberitahu BBC Arab dia meletak jawatan. Kecewa dengan ucapan Presiden.