Akhirnya SPRM memberikan jawapan mengenai persoalan cincin RM24 juta. Bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh SPRM itu telah menimbulkan misteri dan menambahkan lagi kecelaruan....
Pertama sekali ialah BUKTI kewujudan cincin itu gagal dinafikan. Ia akhirnya terpaksa diakui oleh SPRM apabila ada organisasi muda seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mendedahkan melalui media baru beberapa bukti kemasukan cincin RM24 juta itu menerusi rekod kastam.
Kedua, SPRM telah menegaskan bahawa cincin itu PERNAH masuk ke dalam Malaysia dan sudah pun KELUAR. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sendiri mengesahkan pembelian itu tidak berlaku.
Persoalannya kenapa cincin itu dibawa masuk?. Kenapa ada nama Rosmah dalam borang kastam yang mengesahkan cincin itu di bawa masuk.
Jika cincin itu dibawa masuk sekadar untuk tujuan pameran, dan akan dibawa keluar kembali kenapa ia tidak diikrarkan di dalam borang masuk seperti amalan biasa atau digunakan borang carnet.
Contoh borang ATA Carnet
Borang carnet adalah satu bentuk kemudahan bagi mengimport dan mengeksport barangan secara sementara tanpa dikenakan duti/cukai. Barangan yang diimport hendaklah dieksport / dibawa keluar kembali selepas suatu tempoh yang ditetapkan dan demikian juga bagi barangan yang dieksport. Diantara fasiliti yang diberikan oleh ATA Carnet ialah:
-Pengguna tidak perlu mengemukakan borang ikrar Kastam di pintu-pintu masuk dan keluar.
-Tiada cagaran atau jaminan bank.
Beberapa blogger kerajaan kemudian menjawab isu ini dengan mengeluarkan borang cincin ini dibawa keluar. Tetapi adakah kita TAHU atau tidak, nama pegawai (Abdul Najid Abdul Razak, Penguasa Kastam) yang menandatangani borang kastam untuk cincin itu keluar berdasar laman web kastam (yang dikemaskini pada 4 Oktober 2011) masih bertugas di Unit Latihan di Ibu Pejabat Kastam. Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;
ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA
Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;
B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR
Timbul satu lagi misteri di sini, bagaimana pula seorang pegawai yang bertugas di HQ Kuala Lumpur boleh pergi ke KLIA semata-mata untuk tandatangan cincin keluar?.
Berbalik kepada jawapan bertulis SPRM ini, jika ia dijadikan sandaran maka ternyata kenyataan bekas setiausaha Anwar Ibrahim mengenai isu cincin yang mengatakan cincin itu ialah milik besan Rosmah juga adalah satu penipuan.
Anuar Shaari intai kerusi PRU-13?
Dan lebih hebat lagi TV3, Utusan dan lain-lain media perdana telah memberikan liputan meluas kenyataan yang jelas palsu ini. Orang yang sama ini juga konon dengan gahnya mencabar kepada cheGuBard iaitu individu yang mendedahkan persoalan cincin ini untuk membuat laporan kepada SPRM. Walhal ia telah dibuat sejak lebih sebulan sebelum munculnya hero bernama Anuar Shaari ini. Sungguh lucu propaganda jahat ini.
******************************************************
Kastam Nafi Rosmah Beli Cincin AS$24 Juta
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin berharga USD24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam jawapan bertulis terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk perkara itu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mengesahkan pembelian itu tidak berlaku.
"SPRM hanya menjalankan siasatan bagi kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan sepertimana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.
"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.
Dalam soalan sebelum itu, Lim Lip Eng meminta perdana menteri menyatakan status siasatan PDRM, SPRM dan SKMM berkenaan dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai USD24 juta.
Isu pembelian cincin itu sebelum ini didedahkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Rosmah membeli cincin berlian dari saudagar permata Jacob and Co di Amerika Syarikat yang berharga RM24.45 juta
Beliau juga mendakwa terdapat bukti jelas kemasukan berlian berkenaan yang didapati menerusi rekod Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.
Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai fitnah dan tidak mahu melayan dakwaan tersebut, selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.
Perkara itu juga telah dilaporkan kepada SPRM pada 13 Julai lalu.