PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memenangi hadiah kedua Magnum Jackpot 4D sejumlah RM10.4 juta pada ulangtahun perkahwinannya yang ke-20 telah menyerahkan semua wang kemenangan itu kepada isterinya.
"Pada hari saya menjadi jutawan, ia juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya. Jadi saya memutuskan untuk menyerahkannya kepada isteri saya - yang telah setia bersama saya selama ini - semua kemenangan untuk segala yang dilakukannya selama ini," kata lelaki berusia 40an itu.
Lelaki itu adalah salah seorang daripada dua individu yang memenangi hadiah jackpot kedua, masing-masing menerima RM10,434.006.
Oleh kerana tiada pemenang hadiah pertama maka apabila jumlah jackpot melebihi RM30 juta, RM10, 256.321 telah diberikan kepada pemenang hadiah kedua, menjadikannya jumlah melebihi daripada RM100, 000 hingga RM10,434.006.
Kombinasi yang dimenangi di tempat kedua 7373 (Hadiah Ke-3) + 8958 (Hadiah Khas).
"Saya telah membeli nombor-nombor ini (7373 + 8958) untuk tempoh yang agak lama kerana ianya mempunyai makna khas kepada saya," katanya.
Hadiah pertama jackpot bernilai RM29,519.142 telah dimenangi pada 20 Ogos oleh seorang pesara berusia 71 tahun, yang telah memilih kombinasi yang unggul 2273 + 8803.
Kredit : The Star
Ehem, ehem. Pada yang Muslim jangan cuba-cuba main no ekor. Nak kaya kena berniaga. Macam mana nak kaya cepat dengan meniaga, pergi niaga LEMBU. Tak caya tanya Shahrizat : Author Faethal