"Rancang - Pencarian Isteri Jutawan" bertujuan untuk mencari seorang wanita untuk dijadikan isteri kepada seorang jutawan China yang namanya dirahsiakan.
Seorang jutawan di China dilaporkan sedang mencari pengantin perempuan yang "tulen" dengan 5 juta yuan (RM 2.5 juta) secara tunai sebagai ganjarannya.
Jutawan yang dirahsiakan namanya ini masih bujang dan menawarkan wang hadiah kepada wanita yang sesuai dan ideal untuknya. Sebuah syarikat sedang mengadakan program "Pencarian Isteri Jutawan". Ia sedang mengadakan siri penjelajahan di 10 bandar utama, bermula dari Guangzhou, Shenzhen.
Pada pusingan pertama, 2800 peserta wanita telah hadir bagi memenangi hadiah tersebut. Calon paling muda berusia 19 tahun, dan yang tertua berusia 56 tahun.
Selepas melepasi pusingan awal, 60 wanita cantik perlu melakukan catwalk dengan bikini dan seksi.
Selain daripada peserta tempatan, terdapat juga peserta yang datang dari Australia dan Singapura. Mereka datang dari pelbagai latar belakang, seperti pengajar yoga, pensyarah universiti, penganalisis kewangan, pelajar Universiti Boston, dan juga ratu cantik.
Hanya 320 wanita yang berjaya memasuki saringan kedua yang akan diadakan di Hotel Guangzhou Garden.
Kualiti yang disyaratkan oleh penganjur ialah calon itu hendaklah bujang, berumur diantara 18-28 tahun, mempunyai ketinggian 160-175cm, memilik ijazah kolej atau lebih tinggi, memiliki bentuk tubuh badan dan rupa paras yang menarik dan "asli dan tulen" (tanpa pembedahan plastik).